Tahu masalah Prestashop dengan debug mode

0 Flares Twitter 0 Facebook 0 Google+ 0 Email -- 0 Flares ×

Kedai online anda kerap keluar page error ‘Page Not Found’, ‘Server Not Found’ dan sebagainya?

Sebelum anda serahkan kepada pakar, apa kata anda cuba turn on debug mode dahulu.

Kebiasaannya dengan solusi ini, sekurang-kurangnya anda dapat tahu secara rawaknya adakah masalah ini kecil atau besar.

Kadangkala disebabkan salah letak file atau salah nama file sahaja boleh menyebabkan keluar error sedemikian. Sebelum keluarkan wang untuk penyelesaian, tidak salah sekiranya jika kita usaha dahulu.

 

Ini caranya:

1. Buka cpanel anda.

2. Buka ‘File Manager’

3. Pilih document root domain anda.

4. Buka folder ‘config

5. Klik file defines.inc.php

6. Kemudian pilih ‘Code Editor‘ di bahagian menu atas file manager anda.

7. Tekan button ‘Edit’ pada pop-up window.

8. Cari code ini

define(‘_PS_MODE_DEV_’, false);

tukar false kepada true

 

Sekadar nasihat:

Saya mencadangkan setiapkali anda edit file-file program, anda backup file dahulu. Contoh, copy dan rename file lama sebelum buka. (Nama sebelum config.inc.php kepada config.inc.php_backup20141218) atau sekiranya anda mahir code php, copy line yang perlu ditambah, dan uncomment line yang lama. Sertakan sekali tarikh anda edit dan kenapa anda edit.

Sekiranya anda ingin bantuan saya, tinggalkan email anda dan komen masalah anda di bawah.

Maisa

-Belajar Bina Website di Rumah

 

 

 

Anda tidak mahu ketinggalan sebarang maklumat percuma dari saya? Subscribe sekarang.