Content Marketing: Di Facebook atau Website?

0 Flares Twitter 0 Facebook 0 Google+ 0 Email -- 0 Flares ×

Anda berminat untuk berkongsi hasil tulisan kepada umum sebagai panduan tetapi tidak tahu saluran yang betul untuk menulis? Ini bermakna anda cenderung ke arah ‘Content Marketing’.

Apa itu ‘content marketing’?

‘Content marketing’ ialah  salah satu teknik pemasaran melalui artikel-artikel serta maklumat bermanfaat yang  diberikan percuma kepada prospek secara berterusan. Objektif utama teknik ini adalah untuk menukar  prospek kepada pembeli sekiranya anda ada menawarkan perkhidmatan atau produk kepada mereka suatu hari nanti. Teknik ini memerlukan usaha yang berterusan, kesabaran yang tinggi dan masa yang lama untuk membina keyakinan dan pengaruh prospek.

 

Sekiranya anda biasa menulis status-status yang bermanfaat di Facebook sehingga mendapat ‘like’ dan ‘share’ dari rakan-rakan anda, anda sudah berjaya menakluki salah satu saluran (channel) untuk ‘content marketing’. Facebook merupakan saluran terbesar yang mampu membina pengaruh anda dalam masa yang singkat. Namun ada beberapa kekurangan di Facebook yang pada pendapat saya masalah utama untuk prospek dan juga anda.

1. Prospek tidak boleh mencari artikel/ perkongsian anda yang lepas-lepas. Ini adalah kelemahan utama, anda pastinya tidak akan berkongsi post yang sama berulang-ulang kali. Ini juga kerugian buat prospek baru di mana mereka tidak dapat memanfaatkan maklumat-maklumat yang lepas.

2. Profile/ Group/ Page hilang. Sekiranya anda pernah membangkitkan sensitiviti dalam penulisan anda, atau anda tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh FB.  Pihak yang tidak berpuas hati boleh melaporkan Profile/Page/Group FB anda kepada FB dan FB anda akan dilenyapkan. Di sini anda bukan sahaja kehilangan hasil tulisan anda, malahan semua foto serta data prospek anda (follower/fans/friends) juga lenyap sekali bersama FB anda. (Saya pernah membaca aduan rakan yang hilang page setelah update Facebook version)

3. Page FB: Tidak semua fans akan melihat post update dari anda. Di sini FB mempunyai algorithm tersendiri dalam paparan post dari page. Mulai 2015, sebarang update daripada page yang mempunyai unsur jualan secara ‘direct’ tidak akan muncul di newsfeed fans anda, melainkan fans yang kerap melawati page anda. Di sini anda perlu memahirkan perlbagai teknik lain untuk memenangi ‘engagement’ fans anda.

 

Namun, saya bukan menolak 100% kehadiran Facebook. Facebook sangat membantu membina branding. Apa kata sekiranya anda share content website anda di Facebook? Di sini ada win-win situation, di mana anda masih aktif membina pengaruh di Facebook, dan pada masa yang sama menarik prospek untuk ke website anda. Di sana anda boleh sediakan pelbagai umpan-umpan menarik untuk menukar mereka menjadi pelanggan anda.

 

Nantikan artikel selepas ini tentang cara-cara membina website. (Khas untuk content marketing).

 

Maisa Ishak

Belajar Bina Website di Rumah

 

 

Tidak mahu terlepas sebarang artikel menarik dari laman ini?

Tinggalkan email anda di bawah.