Category Archives: WinMerge

Bandingkan dua folder yang berbeza dengan WinMerge

Case Study: Anda buat backup untuk website anda secara berkala, dan bezakan folder setiap backup dengan tarikh. Tidak lama kemudian anda dapati website anda ada teknikal error yang berpunca dari code atau program yang anda telah ubahsuai. Cara terbaik untuk mengenalpasti masalah tersebut adalah dengan membandingkan setiap file di dalam folder backup terbaru dengan folder website anda sekarang.

 

Aplikasi yang boleh digunakan untuk perbandingan ini adalah dengan WinMerge.

1. Anda perlu install WinMerge ke dalam komputer anda. <<WinMerge>>

2. Buka aplikasi selepas install. Pilih icon gambar folder. Kemudian screen seperti di bawah akan keluar. Pilih lokasi folder atau file yang anda ingin bandingkan.

Capture1

 

3. Selepas itu, tekan OK. Anda akan lihat result perbandingan seperti gambar di bawah. ‘Identical’ bermaksud kedua-dua file adalah sama. ‘Different’ bermaksud terdapat perbezaan pada kedua-dua file.

 

Capture2

 

Untuk melihat perbezaan tersebut, anda boleh klik result tersebut dan screen seperti di bawah akan terpapar. Anda boleh lihat perbezaan setiap baris di kiri dan kanan panel. Atau untuk lihat lebih terperinci setiap satu perbezaan itu, anda boleh lihat di panel bawah, di mana keseluruhan baris ayat dipaparkan.

 

Capture3

Harap maklumat ini membantu anda.

 

 

Maisa Ishak

Belajar Bina Website di Rumah

 

 

Anda tidak mahu terlepas sebarang tips dan tutorial dari blog ini?

Sila isikan email anda di bawah.