Category Archives: Prestashop

Technical Error parsererror

Situasi:

Ketika menambah carrier di Prestashop 1.6, error seperti di bawah muncul ketika memuatnaik logo carrier.

 

error

 

Solusi:

ubah code ini di file /themes/authentication.tpl

url: baseUri,

kepada

url: baseUri + 'index.php?controller=authentication',

 

Isu di atas dapat diselesaikan, namun kemudian saya hadapi error cannot upload file.

Solusi: Convert file dari jpeg ke gif

 

Post asal untuk issue pertama  di <<SINI>>

 

 

Maisa Ishak

Belajar Bina Website di Rumah

 

 

Anda tidak mahu melepaskan sebarang tips di sini?

Cara Manual Tukar Template Prestashop

Di dalam kelas online ‘Belajar Bina Website dengan Menggunakan Prestashop’, saya ada menyentuh topik cara untuk tukar template website anda, tapi ia secara asas sahaja.

Akan ada ketika, semua langkah tersebut tidak berjaya. Contoh kes yang saya pernah alami ketika upload theme, terdapat error yang keluar iaitu ‘Bad Configuration Files’.

Jadi cara manual yang saya guna ialah seperti berikut:

1. Extract zip file template anda.

Kebiasaannya, setiap template baru akan melibatkan hanya dua folder sahaja iaitu: Modules dan juga Themes.

Contoh template yang saya guna iaitu: leo_shirt template dari www.leotheme.com

themes-folder
Klik untuk paparan yang lebih jelas

 

Gambar di atas adalah gambar dari folder themes, dari template yang saya telah download. Copy folder ‘leo_tshirt’ ke dalam folder /themes di cpanel anda secara FTP.  Cara copy file secara FTP boleh rujuk <<SINI>>

Kemudian, tukar theme di ‘Preferences’ -> ‘Themes’ -> ‘Advance Settings’. Di bahagian ‘Change Directory’, pilih folder theme anda.

Kemudian regenerate image thumbnail  Preferences -> Images -> Regenerate Thumbnails

Langkah yang seterusnya, bandingkan folder /module dari template yang telah di’download’ dengan /modules di cpanel anda. Anda ade dua pilihan:

  1.  copy dari folder template dan upload ke server /modules, atau
  2.  install modules yang tiada satu demi satu, seperti gambar di bawah
Search 'leo' dan module tambahan untuk template 'leotheme' tersenarai.
Search ‘leo’ dan module tambahan untuk template ‘leotheme’ tersenarai.

 

Customize laman web anda dengan ubah module/positioning setiap element di front page.

Anda boleh view site anda dengan klik menu ‘My Shop’ di Dashboard Admin

 

Maisa Ishak

Belajar Bina Website di Rumah

 

 

Anda ingin dapatkan lebih banyak tips-tips dari blog ini? Tinggalkan email anda di bawah.

 

Bagaimana untuk hook dan unhook tophorizontal menu

Case Study: Saya ingin memaparkan module ‘tophorizontal menu’ pada kedai online saya. Tetapi posisi menu ini tidak mengikut citarasa saya.

Asalnya, module ini adalah pada displayTop position. Namun, setelah saya install module ini, paparan menu saya ini sedikit lari (terletak di posisi paling atas website). Jadi saya ingin tukar (unhook) supaya menu ini terpapar pada posisi yang saya kehendaki. (hook posisi baru)

Ini artikel yang saya jumpa. Kaedah yang lengkap bergambar.  Saya kongsikan supaya memudahkan saya mencari di kemudian hari, dan juga supaya memudahkan anda semua sekiranya menghadapi masalah yang lebih kurang sama dengan saya nanti <<SINI>>

 

Harap artikel ini membantu anda.

Maisa Ishak

Belajar Bina Website di Rumah

 

 

Anda tidak mahu terlepas sebarang tips dan tutorial dari blog ini?

Anda boleh subscribe sekarang!

Regenerate .htaccess file

Ada beberapa situasi/masalah dalam prestashop yang memerlukan kita generate kembali .htaccess file.

Sekiranya kita boleh login masuk ke Back Office Prestashop, kaedah yang digunakan sangat mudah.

1. Anda perlu backup dahulu file .htaccess sebelum delete file tersebut. Rename file atau save di dalam laptop anda (ftp).

2. Delete file .htaccess

3. Login ke Admin Dashboard (Back Office), sila ke Preferences -> SEO&URLs

4. Di bahagian Setup URLs, turn off Friendly URL -> tekan SAVE dan turn on Friendly URL -> tekan SAVE.

Dengan cara ini, file .htaccess akan auto-generate.

Mudahkan?

Maisa

-Belajar Bina Website di rumah

 

 

Anda tidak mahu terlepas sebarang tips dari blog ini? Subscribe sekarang!

Tahu masalah Prestashop dengan debug mode

Kedai online anda kerap keluar page error ‘Page Not Found’, ‘Server Not Found’ dan sebagainya?

Sebelum anda serahkan kepada pakar, apa kata anda cuba turn on debug mode dahulu.

Kebiasaannya dengan solusi ini, sekurang-kurangnya anda dapat tahu secara rawaknya adakah masalah ini kecil atau besar.

Kadangkala disebabkan salah letak file atau salah nama file sahaja boleh menyebabkan keluar error sedemikian. Sebelum keluarkan wang untuk penyelesaian, tidak salah sekiranya jika kita usaha dahulu.

 

Ini caranya:

1. Buka cpanel anda.

2. Buka ‘File Manager’

3. Pilih document root domain anda.

4. Buka folder ‘config

5. Klik file defines.inc.php

6. Kemudian pilih ‘Code Editor‘ di bahagian menu atas file manager anda.

7. Tekan button ‘Edit’ pada pop-up window.

8. Cari code ini

define(‘_PS_MODE_DEV_’, false);

tukar false kepada true

 

Sekadar nasihat:

Saya mencadangkan setiapkali anda edit file-file program, anda backup file dahulu. Contoh, copy dan rename file lama sebelum buka. (Nama sebelum config.inc.php kepada config.inc.php_backup20141218) atau sekiranya anda mahir code php, copy line yang perlu ditambah, dan uncomment line yang lama. Sertakan sekali tarikh anda edit dan kenapa anda edit.

Sekiranya anda ingin bantuan saya, tinggalkan email anda dan komen masalah anda di bawah.

Maisa

-Belajar Bina Website di Rumah

 

 

 

Anda tidak mahu ketinggalan sebarang maklumat percuma dari saya? Subscribe sekarang.