Category Archives: .htaccess

Regenerate .htaccess file

Ada beberapa situasi/masalah dalam prestashop yang memerlukan kita generate kembali .htaccess file.

Sekiranya kita boleh login masuk ke Back Office Prestashop, kaedah yang digunakan sangat mudah.

1. Anda perlu backup dahulu file .htaccess sebelum delete file tersebut. Rename file atau save di dalam laptop anda (ftp).

2. Delete file .htaccess

3. Login ke Admin Dashboard (Back Office), sila ke Preferences -> SEO&URLs

4. Di bahagian Setup URLs, turn off Friendly URL -> tekan SAVE dan turn on Friendly URL -> tekan SAVE.

Dengan cara ini, file .htaccess akan auto-generate.

Mudahkan?

Maisa

-Belajar Bina Website di rumah

 

 

Anda tidak mahu terlepas sebarang tips dari blog ini? Subscribe sekarang!

.htaccess file juga boleh ubah value php.ini

Kebiasaannya hosting provider tidak memberikan akses untuk mengubah file php.ini. Saya tidak mempunyai pengalaman berurusan dengan pihak hosting provider selama membangunkan sistem ketika belajar dan bekerja. Memandangkan setiap in-house testing hanya dilakukan di localhost di pc masing-masing sahaja., maka jika ada perubahan dalam setting php, saya hanya perlu tukar file php.ini.

Peluang membangunkan ecommerce website untuk kegunaan perniagaan sendiri sesungguhnya memberi saya banyak info baru, termasuklah menggunakan .htaccess file.

Situasi: Anda ingin ubah momory limit kepada 128M, ubah .htaccess di document root domain anda, dan letakkan setting seperti di bawah.

Contoh:
php_value memory_limit 128M
Semoga bermanfaat.

Maisa Ishak
Belajar Bina Website di rumah

 

Tidak mahu terlepas sebarang info dari website ini?