All posts by admin

Technical Error parsererror

Situasi:

Ketika menambah carrier di Prestashop 1.6, error seperti di bawah muncul ketika memuatnaik logo carrier.

 

error

 

Solusi:

ubah code ini di file /themes/authentication.tpl

url: baseUri,

kepada

url: baseUri + 'index.php?controller=authentication',

 

Isu di atas dapat diselesaikan, namun kemudian saya hadapi error cannot upload file.

Solusi: Convert file dari jpeg ke gif

 

Post asal untuk issue pertama  di <<SINI>>

 

 

Maisa Ishak

Belajar Bina Website di Rumah

 

 

Anda tidak mahu melepaskan sebarang tips di sini?

Content Marketing: Di Facebook atau Website?

Anda berminat untuk berkongsi hasil tulisan kepada umum sebagai panduan tetapi tidak tahu saluran yang betul untuk menulis? Ini bermakna anda cenderung ke arah ‘Content Marketing’.

Apa itu ‘content marketing’?

‘Content marketing’ ialah  salah satu teknik pemasaran melalui artikel-artikel serta maklumat bermanfaat yang  diberikan percuma kepada prospek secara berterusan. Objektif utama teknik ini adalah untuk menukar  prospek kepada pembeli sekiranya anda ada menawarkan perkhidmatan atau produk kepada mereka suatu hari nanti. Teknik ini memerlukan usaha yang berterusan, kesabaran yang tinggi dan masa yang lama untuk membina keyakinan dan pengaruh prospek.

 

Sekiranya anda biasa menulis status-status yang bermanfaat di Facebook sehingga mendapat ‘like’ dan ‘share’ dari rakan-rakan anda, anda sudah berjaya menakluki salah satu saluran (channel) untuk ‘content marketing’. Facebook merupakan saluran terbesar yang mampu membina pengaruh anda dalam masa yang singkat. Namun ada beberapa kekurangan di Facebook yang pada pendapat saya masalah utama untuk prospek dan juga anda.

1. Prospek tidak boleh mencari artikel/ perkongsian anda yang lepas-lepas. Ini adalah kelemahan utama, anda pastinya tidak akan berkongsi post yang sama berulang-ulang kali. Ini juga kerugian buat prospek baru di mana mereka tidak dapat memanfaatkan maklumat-maklumat yang lepas.

2. Profile/ Group/ Page hilang. Sekiranya anda pernah membangkitkan sensitiviti dalam penulisan anda, atau anda tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh FB.  Pihak yang tidak berpuas hati boleh melaporkan Profile/Page/Group FB anda kepada FB dan FB anda akan dilenyapkan. Di sini anda bukan sahaja kehilangan hasil tulisan anda, malahan semua foto serta data prospek anda (follower/fans/friends) juga lenyap sekali bersama FB anda. (Saya pernah membaca aduan rakan yang hilang page setelah update Facebook version)

3. Page FB: Tidak semua fans akan melihat post update dari anda. Di sini FB mempunyai algorithm tersendiri dalam paparan post dari page. Mulai 2015, sebarang update daripada page yang mempunyai unsur jualan secara ‘direct’ tidak akan muncul di newsfeed fans anda, melainkan fans yang kerap melawati page anda. Di sini anda perlu memahirkan perlbagai teknik lain untuk memenangi ‘engagement’ fans anda.

 

Namun, saya bukan menolak 100% kehadiran Facebook. Facebook sangat membantu membina branding. Apa kata sekiranya anda share content website anda di Facebook? Di sini ada win-win situation, di mana anda masih aktif membina pengaruh di Facebook, dan pada masa yang sama menarik prospek untuk ke website anda. Di sana anda boleh sediakan pelbagai umpan-umpan menarik untuk menukar mereka menjadi pelanggan anda.

 

Nantikan artikel selepas ini tentang cara-cara membina website. (Khas untuk content marketing).

 

Maisa Ishak

Belajar Bina Website di Rumah

 

 

Tidak mahu terlepas sebarang artikel menarik dari laman ini?

Tinggalkan email anda di bawah.

Cara Manual Tukar Template Prestashop

Di dalam kelas online ‘Belajar Bina Website dengan Menggunakan Prestashop’, saya ada menyentuh topik cara untuk tukar template website anda, tapi ia secara asas sahaja.

Akan ada ketika, semua langkah tersebut tidak berjaya. Contoh kes yang saya pernah alami ketika upload theme, terdapat error yang keluar iaitu ‘Bad Configuration Files’.

Jadi cara manual yang saya guna ialah seperti berikut:

1. Extract zip file template anda.

Kebiasaannya, setiap template baru akan melibatkan hanya dua folder sahaja iaitu: Modules dan juga Themes.

Contoh template yang saya guna iaitu: leo_shirt template dari www.leotheme.com

themes-folder
Klik untuk paparan yang lebih jelas

 

Gambar di atas adalah gambar dari folder themes, dari template yang saya telah download. Copy folder ‘leo_tshirt’ ke dalam folder /themes di cpanel anda secara FTP.  Cara copy file secara FTP boleh rujuk <<SINI>>

Kemudian, tukar theme di ‘Preferences’ -> ‘Themes’ -> ‘Advance Settings’. Di bahagian ‘Change Directory’, pilih folder theme anda.

Kemudian regenerate image thumbnail  Preferences -> Images -> Regenerate Thumbnails

Langkah yang seterusnya, bandingkan folder /module dari template yang telah di’download’ dengan /modules di cpanel anda. Anda ade dua pilihan:

  1.  copy dari folder template dan upload ke server /modules, atau
  2.  install modules yang tiada satu demi satu, seperti gambar di bawah
Search 'leo' dan module tambahan untuk template 'leotheme' tersenarai.
Search ‘leo’ dan module tambahan untuk template ‘leotheme’ tersenarai.

 

Customize laman web anda dengan ubah module/positioning setiap element di front page.

Anda boleh view site anda dengan klik menu ‘My Shop’ di Dashboard Admin

 

Maisa Ishak

Belajar Bina Website di Rumah

 

 

Anda ingin dapatkan lebih banyak tips-tips dari blog ini? Tinggalkan email anda di bawah.

 

Bagaimana untuk hook dan unhook tophorizontal menu

Case Study: Saya ingin memaparkan module ‘tophorizontal menu’ pada kedai online saya. Tetapi posisi menu ini tidak mengikut citarasa saya.

Asalnya, module ini adalah pada displayTop position. Namun, setelah saya install module ini, paparan menu saya ini sedikit lari (terletak di posisi paling atas website). Jadi saya ingin tukar (unhook) supaya menu ini terpapar pada posisi yang saya kehendaki. (hook posisi baru)

Ini artikel yang saya jumpa. Kaedah yang lengkap bergambar.  Saya kongsikan supaya memudahkan saya mencari di kemudian hari, dan juga supaya memudahkan anda semua sekiranya menghadapi masalah yang lebih kurang sama dengan saya nanti <<SINI>>

 

Harap artikel ini membantu anda.

Maisa Ishak

Belajar Bina Website di Rumah

 

 

Anda tidak mahu terlepas sebarang tips dan tutorial dari blog ini?

Anda boleh subscribe sekarang!

Bandingkan dua folder yang berbeza dengan WinMerge

Case Study: Anda buat backup untuk website anda secara berkala, dan bezakan folder setiap backup dengan tarikh. Tidak lama kemudian anda dapati website anda ada teknikal error yang berpunca dari code atau program yang anda telah ubahsuai. Cara terbaik untuk mengenalpasti masalah tersebut adalah dengan membandingkan setiap file di dalam folder backup terbaru dengan folder website anda sekarang.

 

Aplikasi yang boleh digunakan untuk perbandingan ini adalah dengan WinMerge.

1. Anda perlu install WinMerge ke dalam komputer anda. <<WinMerge>>

2. Buka aplikasi selepas install. Pilih icon gambar folder. Kemudian screen seperti di bawah akan keluar. Pilih lokasi folder atau file yang anda ingin bandingkan.

Capture1

 

3. Selepas itu, tekan OK. Anda akan lihat result perbandingan seperti gambar di bawah. ‘Identical’ bermaksud kedua-dua file adalah sama. ‘Different’ bermaksud terdapat perbezaan pada kedua-dua file.

 

Capture2

 

Untuk melihat perbezaan tersebut, anda boleh klik result tersebut dan screen seperti di bawah akan terpapar. Anda boleh lihat perbezaan setiap baris di kiri dan kanan panel. Atau untuk lihat lebih terperinci setiap satu perbezaan itu, anda boleh lihat di panel bawah, di mana keseluruhan baris ayat dipaparkan.

 

Capture3

Harap maklumat ini membantu anda.

 

 

Maisa Ishak

Belajar Bina Website di Rumah

 

 

Anda tidak mahu terlepas sebarang tips dan tutorial dari blog ini?

Sila isikan email anda di bawah.

Pindah file ke server dengan kaedah FTP

Case study: Anda memiliki dan menguruskan sendiri laman web anda (Contoh: wordpress, prestashop dan lain-lain). Anda ingin tukar template website anda mengikut template yang anda inginkan.

Kebiasaannya, semua tema dan template diletakkan setempat iaitu di dalam direktori ‘themes’. Tapi, bagaimana untuk memindahkan file yang anda ingini ke dalam direktori tersebut?

Applikasi yang anda perlu ada ialah: FileZilla. Download FileZilla Client ke dalam komputer anda dan install applikasi tersebut.

app-filezilla

 

Isi detail seperti di bawah:

Host: ip address server/hosting

Username: username

Password: password

Port: 21 untuk FTP

 

Nota Ringkas Cara Penggunaan FileZilla

 

Diharapkan penerangan serba ringkas ini dapat membantu anda memindahkan file dari sesuatu lokasi ke lokasi yang lain.  Sekiranya ada masalah, boleh tinggalkan mesej di ruangan komen.

Selamat mencuba!

 

Maisa Ishak

Belajar Bina Website di rumah

 

Anda tidak mahu terlepas sebarang post menarik dari saya?

Jangan lupa tinggalkan email anda di bawah.

Senarai plugin WordPress terbaik

Buat blogger, atau usahawan yang tidak jemu-jemu ingin menambahbaik blog atau laman web mereka dengan plugin-plugin free, di sini saya ingin kongsikan satu laman web yang menyenaraikan plugin terbaik hasil undian ahli-ahli laman web tersebut.

https://managewp.org/plugins/best

Saya sudah pun membuat beberapa list plugin yang akan digunakan untuk promosi perniagaan 2015 nanti! Harap ia dapat membantu perniagaan anda juga!

Saya mengetahuinya gara-gara melanggan email subsription sebuah laman web yang menghasilkan template wordpress.  Anda pasti tidak rugi sekiranya subsribe dengan blog-blog yang sering membekalkan ilmu-ilmu bermanfaat kepada anda. Saya juga sedang cuba sehabis baik agar post-post yang saya hasilkan berkualiti serta memberi manfaat kepada setiap pembaca blog ini.

Anda juga tidak ingin terlepas sebarang post dari saya? Tinggalkan email anda di bawah!

 

 

Maisa Ishak

Belajar Bina Website di Rumah

 

Regenerate .htaccess file

Ada beberapa situasi/masalah dalam prestashop yang memerlukan kita generate kembali .htaccess file.

Sekiranya kita boleh login masuk ke Back Office Prestashop, kaedah yang digunakan sangat mudah.

1. Anda perlu backup dahulu file .htaccess sebelum delete file tersebut. Rename file atau save di dalam laptop anda (ftp).

2. Delete file .htaccess

3. Login ke Admin Dashboard (Back Office), sila ke Preferences -> SEO&URLs

4. Di bahagian Setup URLs, turn off Friendly URL -> tekan SAVE dan turn on Friendly URL -> tekan SAVE.

Dengan cara ini, file .htaccess akan auto-generate.

Mudahkan?

Maisa

-Belajar Bina Website di rumah

 

 

Anda tidak mahu terlepas sebarang tips dari blog ini? Subscribe sekarang!

Tahu masalah Prestashop dengan debug mode

Kedai online anda kerap keluar page error ‘Page Not Found’, ‘Server Not Found’ dan sebagainya?

Sebelum anda serahkan kepada pakar, apa kata anda cuba turn on debug mode dahulu.

Kebiasaannya dengan solusi ini, sekurang-kurangnya anda dapat tahu secara rawaknya adakah masalah ini kecil atau besar.

Kadangkala disebabkan salah letak file atau salah nama file sahaja boleh menyebabkan keluar error sedemikian. Sebelum keluarkan wang untuk penyelesaian, tidak salah sekiranya jika kita usaha dahulu.

 

Ini caranya:

1. Buka cpanel anda.

2. Buka ‘File Manager’

3. Pilih document root domain anda.

4. Buka folder ‘config

5. Klik file defines.inc.php

6. Kemudian pilih ‘Code Editor‘ di bahagian menu atas file manager anda.

7. Tekan button ‘Edit’ pada pop-up window.

8. Cari code ini

define(‘_PS_MODE_DEV_’, false);

tukar false kepada true

 

Sekadar nasihat:

Saya mencadangkan setiapkali anda edit file-file program, anda backup file dahulu. Contoh, copy dan rename file lama sebelum buka. (Nama sebelum config.inc.php kepada config.inc.php_backup20141218) atau sekiranya anda mahir code php, copy line yang perlu ditambah, dan uncomment line yang lama. Sertakan sekali tarikh anda edit dan kenapa anda edit.

Sekiranya anda ingin bantuan saya, tinggalkan email anda dan komen masalah anda di bawah.

Maisa

-Belajar Bina Website di Rumah

 

 

 

Anda tidak mahu ketinggalan sebarang maklumat percuma dari saya? Subscribe sekarang.

Bina Logo dalam masa 30minit

Menghadiri kursus The Branding Summit sesungguhnya tidak sia-sia. Perkara yang paling tak saya sangka adalah dapat belajar cara bina logo paling cepat dan ringkas dari Omar Zenhom dan Navid Moazzez.

 

Hanya dengan applikasi percuma GIMP, yang saya gunakan hampir 3 tahun. Tapi disebabkan tak pernah godeh, tak sangka ada fungsi ini. Paling best, anda tidak perlu ada kemahiran design untuk bina logo perniagaan anda sendiri.

 

Mari saya ajarkan:

1. Download GIMP di sini.

2. Buka applikasi GIMP.

3. Pilih File -> Create -> Logos

4. Terdapat pelbagai pilihan logo yang ada. Anda hanya perlu pilih dan mulakan kreativiti anda!

Menu GIMP
Menu GIMP

5. Sekiranya anda ingin tambahan image, shapes, line, icon atau simbol anda hanya perlu tambah layer. Caranya: Layer -> New Layer

6. Untuk save sebagai jpeg/png/gif, File -> Export As -> dan namakan file anda .

Dah siap!

Anda boleh baca post asal di sini. Omar Zenhom menerangkan dengan terperinci tentang logo-logo jenama terkenal.

 

Maisa Ishak
Belajar Bina Website di rumah

 

 

 

Anda tidak mahu terlepas sebarang maklumat dari saya, Subscribe sekarang.